Assalamualaikum and hi,
Saya rasa terpanggil nak menaip tentang kehidupan sebagai seorang isteri yang berkahwin dengan Offshore ataupun Oilfield Man. Rata-rata yang bertanyakan, "suami awak kerja apa?", "kenapa suami selalu outstation?", kadang-kadang kalau atttend majlis kahwin, semua akan bertanyakan "mana husband awak? kenapa tak ikut sekali?". Bila jawab, "suami pergi offshore", ohh mesti akan keluar next statement, "woa..gaji besar ni..". Mentaliti masyarakat sekarang ni, kalo keje offshore je mesti kaya..haha tp bagi kami, isteri-isteri yang bersuamikan lelaki bekerja dalam bidang ini, kami tak pernah rasa macam tu. Kenapa ya saya cakap macam tu? Sebab duit tak boleh ditukar dengan masa bersama yang hilang. Iya, saya akui, duit memang tak pernah menjadi issue sepanjang berumah tangga. Tetapi yang menjadi issue adalah masa bersama suami. Suami saya jarang ada dekat rumah. Kadang-kadang 2 hingga 3 minggu di laut, balik 3 hari, then pergi pula ke platform lain. Kdang-kadanng dia pergi ke plant sahaja, so tak perlu naik offshore. Yang tu pun dah buatkan saya lega. Sebab kalau dia di darat sahaja, walaupun nun jauh di Kerteh ke atau di Kota Kinabalu, at least kami masih boleh berhubung, call dan whatapps selalu. Kalau dia naik offshore, macam-macam yang saya risaukan. Dia naik helicopter pun saya risau, dia naik bot pun saya risau. Memang tak tenteram jiwa duduk rumah. Lagi satu kalau dekat offshore takde line telefon. Memang susah husband nak contact saya. Hanya ada wifi signal, so husband boleh la whatapps saya. Kalo nak video call ke, facetime ke memang tak lepas la, sebab line internet slow. Pernah tu husband pergi offshore, lepas naik helicopter, nak dekat 1 hari lebih tiada apa-apa berita dari dia. Isteri mana yang tak risau kan. Takut la apa-apa yang terjadi. Then rupanya internet connection tak berapa nak ada sebab angin kuat, so dalam 2 minggu tu memang jarang berhubung dengan suami.
Masa mula-mula kahwin memang saya tak suka life yang macam ni. Kadang-kadang saya jeles tengok kawan-kawan saya, bila weekends je dapat keluar dating dengan suami sendiri. Dan saya jeles bila tengok ada kawan-kawan suami dan isteri kerja satu office. Makan sama, balik dan pulang dari office pun bersama.Memang lama saya nak biasakan diri dengan kehidupan macam ni. Itupan sampai sekarang masih belum terbiasa lagi. Setiap kali suami nak pergi offshore, memamg selalu ada drama air mata. hihihi Tetapi saya akan selalu tanamkan rasa positif dalam diri. Despite of selalu rasa risau bila berjauhan, saya selalu sujud doa kepada Allah S.WT supaya Allah S.W.T pelihara dan jaga dia untuk saya. Bila weekends pula saya banyak habiskan masa di rumah. Bukannya tiada "Life", tetapi saya perlu siapkan thesis master saya. Saya sambung belajar pun sebab ingin isi masa lapang. Kadang-kadang saya balik kampung, jumpa parents, jumpa adik beradik seronok sikit kan. Takde rasa boring. Kadang-kadang pula saya habiskan masa pergi shopping seorang diri. Yang ni part paling best sekali, saya shopping untuk kepuasan diri sendiri. Kadang-kadang saya pergi ke spa, buat rawatan muka dan rambut. Penjagaan diri tu penting, untuk suami jugakkan..Oh, saya belum ada anak lagi. Sekarang ni tengah mengandung 4 bulan. Saya rasa lepas ni masa saya akan dihabiskan dengan baby saya, so tiadalah sunyi lagi. In sha Allah.
Dugaan mengandung 4 bulan ni, suami saya kena pergi Sudan selama 3 bulan. Ibu mengandung ni memang emosinya terlebih sikit. Yerla, nanti suami saya balik saya dah 7 bulan, dah besar dah perut saya. So dia tak dapat nak tengok progress saya sepanjang hamil anak kami. Tetapi saya selalu berfikiran positif. I understand and appreciate how hard he works, away from family and all he knows is to provide for me and our baby. Even, I realize that every time that i am having a hard time, or anything that related to household matter, or even during the time where I need to go to the clinic all alone, that he is the first person I blame, I blame him simply because he is not physically present at that moment. But I always do keep myself positive, that this is nobody's fault. This is the life that I chose or rather the life has chose me, I am always grateful that Allah S.W.T knows me from inside out. Alhamdulillah, that Allah S.W.T has blessed me with everything one could desire for ( a loving and caring husband, a happy marriage, a loving family, a caring friendship). My husband always said that "man is a worker, if he not that he is nothing". The way he thought of if he can't sufficiently provide for his family, that he is nothing as a man, just a failure, touched my heart. I appreciate for everything he has done for me and the baby, and all selfish desires he put aside, May Allah S.W.T protect him all the way and keep him same each hour and everyday. May Allah make everything easy for my husband. In sha Allah..Amin.
P/S Allah found some of the strongest women and made their match an oilfield man :)
Friday, 23 October 2015
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)