Saturday 12 September 2015

My Personal Thought #4: Review Set Kesuburan Shaklee

Posted by sweetoholics at 03:53 0 comments
Assalamualaikum and hi,



Sebenarnya dah lama nak update review tentang set kesuburan Shaklee. Tapi hari ini baru ada kesempatan. Sebelum start review, let me share cerita tentang kenapa saya boleh consume set kesuburan shaklee ni.

Saya berkahwin pada tahun lepas, 2 August 2014. Masa tu memang saya target nak ada anak cepat sebab umur pun dah 25 tahun. Suami plak berumur 28 tahun. Target saya, saya taknak anak saya nnt lahir, umur saya dan suami dan mencapai 30 tahun keatas. nak dijadikan cerita, officemate yang berkahwin timing yang sama dengan saya, semua bunting pelamin. Ada dalam 4 orang. Tetapi mungkin saya masih tiada rezeki lagi nak mendapat khabar gembira seperti itu. Tapi saya percaya dengan rezeki Allah S.W.T. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan.

Kitaran haid saya memang tidak menentu selepas bernikah. Pernah sekali selepas bernikah, period tak datang hampir 2 bulan. Masa tu saya ingat saya dah mengandung tetapi ujian UPT negatif. Owh, kalau nak tau UPT strips tu dah macam bestfriend saya. Daripada range harga yang mahal sampai murah, semua ada saya simpan. Sebab, saya terlampau obses, bila late period je, mesti test. Tapi result semuanya negatif. Allah S.W.T belum nak bagi saya rezeki anak lagi. Lagi satu mungkin faktor suami saya selalu outstation. Dalam sebulan ada dalam seminggu je dia ada dekat rumah. He is an offshore man. Kalau tak pergi offshore, dia masuk plant dekat Kota Kinabalu.  Bila time saya subur, suami plak outstation. Mana nak jadikan.... hehehe

Dan pernah sekali haid saya datang seperti biasa dalam seminggu. Dan selang seminggu selepas habis period, period saya datang lagi. Dua kali period dalam sebulan, buatkan saya dan suami risau. Masa tu terus suami bawa saya pergi medical check up dengan Gynae di Columbia Asia. Doktor scan rahim saya. Then dia cakap sebenarnya saya ada masalah Polycystic Ovary Syndrome. Syndrome ni berlaku disebabkan ada beberapa kemungkinan. Pertama ialah kerana banyak cyst kecil yang develop dalam ovari. Keduanya ialah hormon saya tak stabil. Ovari menghasilkan lebih testosterone daripada paras normal. Kata doktor, PCOs sindrom ni memang selalu terjadi kepada wanita, dalam nisbah 1:10. So doktor bagi ubat untuk menstanbilkan hormon dan ubat kesuburan yang mana saya tak ingat ubat apa. This happened 6 months ago. Then, doktor dah siap tolong kirakan, if ambil ubat ni setiap hari, beliau ada set tarikh untuk saya dan suami mencuba untuk dapatkan baby..sebab time tu subur katanya..hehehe tetapi unfortunately, tarikh tu saya pergi Tokyo dalam 2 weeks sebab bekerja. Suami pula pergi offshore. Memang tak menjadi plan doktor.


Tetapi selepas ambil ubat doktor, period saya almost regular tapi akan lewat 2 minggu. Tetapi saya memang tak pandai kira waktu subur saya. Hari yang saya target, memang tak pernah kena. Saya hampir putus asa. Sampaikan UPT strip tu memang saya dah tak guna dah. Simpan je dalam almari sebab dah tak nak berharap. Tetapi, setiap kali lepas solat memang saya tak pernah lupa untuk doa supaya Allah S.W.T  berikan saya rezeki anak.

Okay, panjang mukadimahnya..hehe okay saya proceed macam mana saya kenal set kesuburan Shaklee. Officemate yang kenalkan saya dengan set kesuburan ni. Maybe dia nampak saya terlampau stress untuk dapatkan baby. So dia cadangkan set kesuburan shaklee. Dia ambil set kesuburan tu, dalam sebulan lebih je positif. Mula-mula saya ragu-ragu. Saya bukan jenis yang suka makan supplement macam ubat ni. Memang semua tak kena dengan tekak saya. Saya ceritakan dekat suami tentang set kesuburan ni. Then suami yang buat research...Dia memang excited nak cuba. Terus order set kesuburan untuk isteri dan suami sekali.

Set untuk saya, GLA complex, B- complex, Vita-Lea dan saya saja menambah Vita C plus. Nak bagi kulit cantik...hehehe.  Set untuk suami: Zinc complex dan Vita-E Complex  dan juga Vita-Lea. Actually Vita-Lea tu optional. Masa kami beli ada offer free Vita-Lea. Jadi kami amalkan hari-hari.

1. GLA Complex- 2 biji sehari selepas breakfast dan sebelum tidur. (isteri)
2. B-Complex- 1 biji sehari selepas breakfast (isteri)
3. Vita-C Plus - 1 biji sehari selepas breakfast (isteri)
4. Vita-Lea - 1 biji sehari selepas breakfast (isteri/suami)
5. Vita- E Complex- 2 biji sehari selepas lunch (suami)
6. Zinc Comple - 1 biji sehari sebelum breakfast (suami)



Kebetulan selepas beli ni, suami tiada outstation mana-mana (itu yang penting ye. hahaha ). Selepas sebulan consume set kesuburan Shaklee ni, tiba masanya kitaran period saya bermula. So, lewat dua minggu saya anggap normal. Lagipun saya dah mula rasa tanda-tanda nak period. Nak masuk tiga minggu, still tak period, saya anggap itu normal juga. hehehe saya memang tak check sebab UPT strip is not my bestfriend anymore..hehehhe tapi maybe Allah SWT nak suruh saya check juga...Wallahualam..saya mimpi tiga hari berturut-turut di mana saya test UPT dan resultnya positif. Malam ketiga saya terjaga dari tidur. Dalam pukul 5pagi, saya terus cari balik UPT tester jenama clearblue, dan result nya memang memeranjatkan saya. Alhamdulillah syukur, saya dapat positif result which is positive line tu memang sangat clear. Memang bukan ragu-ragu. Saya terus kejutkan suami dan tunjuk result tu. Masa tu dia blur lagi...sebab terkejut kot, nak-nak lagi tengah tidur. Lepas tu memang kami tak tidur dah. Excited nak pergi check kat klinik. Alhamdulillah selepas doktor check, katanya saya dah 3-4 weeks pregnant. Masa tu perasaan gembira hanya Allah SWT yang tahu. Saya tengok suami saya dah bergenang air mata. Sebab gembira sangat dapat baby...hehe syukur sangat dengan rezeki ini. Basically, semua ni terjadi dengan izin Allah S.W.T. Tetapi kita pun jangan berhenti berusaha dan berdoa. Alhamdulillah usaha kami mandapatkan hasilnya. Syukur kepada Allah SWT, dan terima kasih juga kepada Shaklee. Buat pengetahuan semua, saya still consume Shaklee untuk set ibu hamil first trimester. Nanti saya akan share my personal thought of set ibu hamil shaklee pulak ye. Sekarang kandungan saya dah masuk 3 bulan. Doakan kesihatan saya dan kandungan ini ye :)


Okay, itu sahaja.
Assalamualaikum dan bye :)
 

~ Sweetoholics ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review