Friday 23 October 2015

My husband is Offshore/Oilfield Man

Posted by sweetoholics at 21:17 3 comments
Assalamualaikum and hi,

Saya rasa terpanggil nak menaip tentang kehidupan sebagai seorang isteri yang berkahwin dengan Offshore ataupun Oilfield Man. Rata-rata yang bertanyakan, "suami awak kerja apa?", "kenapa suami selalu outstation?", kadang-kadang kalau atttend majlis kahwin, semua akan bertanyakan "mana husband awak? kenapa tak ikut sekali?". Bila jawab, "suami pergi offshore", ohh mesti akan keluar next statement, "woa..gaji besar ni..". Mentaliti masyarakat sekarang ni, kalo keje offshore je mesti kaya..haha tp bagi kami, isteri-isteri yang bersuamikan lelaki bekerja dalam bidang ini, kami tak pernah rasa macam tu. Kenapa ya saya cakap macam tu? Sebab duit tak boleh ditukar dengan masa bersama yang hilang. Iya, saya akui, duit memang tak pernah menjadi issue sepanjang berumah tangga. Tetapi yang menjadi issue adalah masa bersama suami. Suami saya jarang ada dekat rumah. Kadang-kadang 2 hingga 3 minggu di laut, balik 3 hari, then pergi pula ke platform lain. Kdang-kadanng dia pergi ke plant sahaja, so tak perlu naik offshore. Yang tu pun dah buatkan saya lega. Sebab kalau dia di darat sahaja, walaupun nun jauh di Kerteh ke atau di Kota Kinabalu, at least kami masih boleh berhubung, call dan whatapps selalu. Kalau dia naik offshore, macam-macam yang saya risaukan. Dia naik helicopter pun saya risau, dia naik bot pun saya risau. Memang tak tenteram jiwa duduk rumah. Lagi satu kalau dekat offshore takde line telefon. Memang susah husband nak contact saya. Hanya ada wifi signal, so husband boleh la whatapps saya. Kalo nak video call ke, facetime ke memang tak lepas la, sebab line internet slow. Pernah tu husband pergi offshore, lepas naik helicopter, nak dekat 1 hari lebih tiada apa-apa berita dari dia. Isteri mana yang tak risau kan. Takut la apa-apa yang terjadi. Then rupanya internet connection tak berapa nak ada sebab angin kuat, so dalam 2 minggu tu memang jarang berhubung dengan suami.

Masa mula-mula kahwin memang saya tak suka life yang macam ni. Kadang-kadang saya jeles tengok kawan-kawan saya, bila weekends je dapat keluar dating dengan suami sendiri. Dan saya jeles bila tengok ada kawan-kawan suami dan isteri kerja satu office. Makan sama, balik dan pulang dari office pun bersama.Memang lama saya nak biasakan diri dengan kehidupan macam ni. Itupan sampai sekarang masih belum terbiasa lagi. Setiap kali suami nak pergi offshore, memamg selalu ada drama air mata. hihihi Tetapi saya akan selalu tanamkan rasa positif dalam diri. Despite of selalu rasa risau bila berjauhan, saya selalu sujud doa kepada Allah S.WT supaya Allah S.W.T pelihara dan  jaga dia untuk saya. Bila weekends pula saya banyak habiskan masa di rumah. Bukannya tiada "Life", tetapi saya perlu siapkan thesis master saya. Saya sambung belajar pun sebab ingin isi masa lapang. Kadang-kadang saya balik kampung, jumpa parents, jumpa adik beradik seronok sikit kan. Takde rasa boring. Kadang-kadang pula saya habiskan masa pergi shopping seorang diri. Yang ni part paling best sekali, saya shopping untuk kepuasan diri sendiri. Kadang-kadang saya pergi ke spa, buat rawatan muka dan rambut. Penjagaan diri tu penting, untuk suami jugakkan..Oh, saya belum ada anak lagi. Sekarang ni tengah mengandung 4 bulan. Saya rasa lepas ni masa saya akan dihabiskan dengan baby saya, so tiadalah sunyi lagi. In sha Allah.

Dugaan mengandung 4 bulan ni, suami saya kena pergi Sudan selama 3 bulan. Ibu mengandung ni memang emosinya terlebih sikit. Yerla, nanti suami saya balik saya dah 7 bulan, dah besar dah perut saya. So dia tak dapat nak tengok progress saya sepanjang hamil anak kami. Tetapi saya selalu berfikiran positif. I understand and appreciate how hard he works, away from family and all he knows is to provide for me and our baby. Even,  I realize that every time that i am having a hard time, or anything that related to household matter, or even during the time where I need to go to the clinic all alone,  that he is the first person I blame, I blame him simply because he is not physically  present at that moment. But I always do keep myself positive, that this is nobody's fault. This is the life that I chose or rather the life has chose me, I am always grateful that Allah S.W.T knows me from inside out.  Alhamdulillah, that  Allah S.W.T has blessed me with everything one could desire for ( a loving and caring husband, a happy marriage,  a loving family, a caring friendship). My husband always said that "man is a worker, if he not that he is nothing". The way he thought of  if he can't sufficiently provide for his family, that he is nothing as a man, just a failure, touched my heart. I appreciate for everything he has done for me and the baby, and all selfish desires he put aside, May Allah S.W.T protect him all the way and keep him same each hour and everyday. May Allah make everything easy for my husband. In sha Allah..Amin.



P/S Allah found some of the strongest women and made their match an oilfield man :)





Saturday 12 September 2015

My Personal Thought #4: Review Set Kesuburan Shaklee

Posted by sweetoholics at 03:53 0 comments
Assalamualaikum and hi,



Sebenarnya dah lama nak update review tentang set kesuburan Shaklee. Tapi hari ini baru ada kesempatan. Sebelum start review, let me share cerita tentang kenapa saya boleh consume set kesuburan shaklee ni.

Saya berkahwin pada tahun lepas, 2 August 2014. Masa tu memang saya target nak ada anak cepat sebab umur pun dah 25 tahun. Suami plak berumur 28 tahun. Target saya, saya taknak anak saya nnt lahir, umur saya dan suami dan mencapai 30 tahun keatas. nak dijadikan cerita, officemate yang berkahwin timing yang sama dengan saya, semua bunting pelamin. Ada dalam 4 orang. Tetapi mungkin saya masih tiada rezeki lagi nak mendapat khabar gembira seperti itu. Tapi saya percaya dengan rezeki Allah S.W.T. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan.

Kitaran haid saya memang tidak menentu selepas bernikah. Pernah sekali selepas bernikah, period tak datang hampir 2 bulan. Masa tu saya ingat saya dah mengandung tetapi ujian UPT negatif. Owh, kalau nak tau UPT strips tu dah macam bestfriend saya. Daripada range harga yang mahal sampai murah, semua ada saya simpan. Sebab, saya terlampau obses, bila late period je, mesti test. Tapi result semuanya negatif. Allah S.W.T belum nak bagi saya rezeki anak lagi. Lagi satu mungkin faktor suami saya selalu outstation. Dalam sebulan ada dalam seminggu je dia ada dekat rumah. He is an offshore man. Kalau tak pergi offshore, dia masuk plant dekat Kota Kinabalu.  Bila time saya subur, suami plak outstation. Mana nak jadikan.... hehehe

Dan pernah sekali haid saya datang seperti biasa dalam seminggu. Dan selang seminggu selepas habis period, period saya datang lagi. Dua kali period dalam sebulan, buatkan saya dan suami risau. Masa tu terus suami bawa saya pergi medical check up dengan Gynae di Columbia Asia. Doktor scan rahim saya. Then dia cakap sebenarnya saya ada masalah Polycystic Ovary Syndrome. Syndrome ni berlaku disebabkan ada beberapa kemungkinan. Pertama ialah kerana banyak cyst kecil yang develop dalam ovari. Keduanya ialah hormon saya tak stabil. Ovari menghasilkan lebih testosterone daripada paras normal. Kata doktor, PCOs sindrom ni memang selalu terjadi kepada wanita, dalam nisbah 1:10. So doktor bagi ubat untuk menstanbilkan hormon dan ubat kesuburan yang mana saya tak ingat ubat apa. This happened 6 months ago. Then, doktor dah siap tolong kirakan, if ambil ubat ni setiap hari, beliau ada set tarikh untuk saya dan suami mencuba untuk dapatkan baby..sebab time tu subur katanya..hehehe tetapi unfortunately, tarikh tu saya pergi Tokyo dalam 2 weeks sebab bekerja. Suami pula pergi offshore. Memang tak menjadi plan doktor.


Tetapi selepas ambil ubat doktor, period saya almost regular tapi akan lewat 2 minggu. Tetapi saya memang tak pandai kira waktu subur saya. Hari yang saya target, memang tak pernah kena. Saya hampir putus asa. Sampaikan UPT strip tu memang saya dah tak guna dah. Simpan je dalam almari sebab dah tak nak berharap. Tetapi, setiap kali lepas solat memang saya tak pernah lupa untuk doa supaya Allah S.W.T  berikan saya rezeki anak.

Okay, panjang mukadimahnya..hehe okay saya proceed macam mana saya kenal set kesuburan Shaklee. Officemate yang kenalkan saya dengan set kesuburan ni. Maybe dia nampak saya terlampau stress untuk dapatkan baby. So dia cadangkan set kesuburan shaklee. Dia ambil set kesuburan tu, dalam sebulan lebih je positif. Mula-mula saya ragu-ragu. Saya bukan jenis yang suka makan supplement macam ubat ni. Memang semua tak kena dengan tekak saya. Saya ceritakan dekat suami tentang set kesuburan ni. Then suami yang buat research...Dia memang excited nak cuba. Terus order set kesuburan untuk isteri dan suami sekali.

Set untuk saya, GLA complex, B- complex, Vita-Lea dan saya saja menambah Vita C plus. Nak bagi kulit cantik...hehehe.  Set untuk suami: Zinc complex dan Vita-E Complex  dan juga Vita-Lea. Actually Vita-Lea tu optional. Masa kami beli ada offer free Vita-Lea. Jadi kami amalkan hari-hari.

1. GLA Complex- 2 biji sehari selepas breakfast dan sebelum tidur. (isteri)
2. B-Complex- 1 biji sehari selepas breakfast (isteri)
3. Vita-C Plus - 1 biji sehari selepas breakfast (isteri)
4. Vita-Lea - 1 biji sehari selepas breakfast (isteri/suami)
5. Vita- E Complex- 2 biji sehari selepas lunch (suami)
6. Zinc Comple - 1 biji sehari sebelum breakfast (suami)



Kebetulan selepas beli ni, suami tiada outstation mana-mana (itu yang penting ye. hahaha ). Selepas sebulan consume set kesuburan Shaklee ni, tiba masanya kitaran period saya bermula. So, lewat dua minggu saya anggap normal. Lagipun saya dah mula rasa tanda-tanda nak period. Nak masuk tiga minggu, still tak period, saya anggap itu normal juga. hehehe saya memang tak check sebab UPT strip is not my bestfriend anymore..hehehhe tapi maybe Allah SWT nak suruh saya check juga...Wallahualam..saya mimpi tiga hari berturut-turut di mana saya test UPT dan resultnya positif. Malam ketiga saya terjaga dari tidur. Dalam pukul 5pagi, saya terus cari balik UPT tester jenama clearblue, dan result nya memang memeranjatkan saya. Alhamdulillah syukur, saya dapat positif result which is positive line tu memang sangat clear. Memang bukan ragu-ragu. Saya terus kejutkan suami dan tunjuk result tu. Masa tu dia blur lagi...sebab terkejut kot, nak-nak lagi tengah tidur. Lepas tu memang kami tak tidur dah. Excited nak pergi check kat klinik. Alhamdulillah selepas doktor check, katanya saya dah 3-4 weeks pregnant. Masa tu perasaan gembira hanya Allah SWT yang tahu. Saya tengok suami saya dah bergenang air mata. Sebab gembira sangat dapat baby...hehe syukur sangat dengan rezeki ini. Basically, semua ni terjadi dengan izin Allah S.W.T. Tetapi kita pun jangan berhenti berusaha dan berdoa. Alhamdulillah usaha kami mandapatkan hasilnya. Syukur kepada Allah SWT, dan terima kasih juga kepada Shaklee. Buat pengetahuan semua, saya still consume Shaklee untuk set ibu hamil first trimester. Nanti saya akan share my personal thought of set ibu hamil shaklee pulak ye. Sekarang kandungan saya dah masuk 3 bulan. Doakan kesihatan saya dan kandungan ini ye :)


Okay, itu sahaja.
Assalamualaikum dan bye :)

Saturday 31 January 2015

Azam Tahun Baru 2015

Posted by sweetoholics at 21:52 0 comments

Assalamualaikum and hi,

Dah lama tak blogging, hari ini rasa terpanggil-panggil nak taip blog. Sebenarnya nak cerita pasal azam tahun baru. Walaupun ni dah masuk bulan Februari baru nak cerita pasal azam tahun baru kan. hehehe

So let me conclude last year 2014 punya cerita. Even though tak ramai orang yang kisah pun kalau saya merepek dekat sini. Tapi tidak mengapa saya masih ingin menaip. hehehehhe

So as for last year, it has been really a tough year yet still ada kemanisan dalam tahun tersebut. First of all, thing that I precious the most was, saya telah menamatkan zaman bujang saya pada bulan Ogos tahun lepas. Yes, with a sudden preparation and Alhamdulillah everything went well as planed. Tetapi,  Allah nak duga saya dan suami, sehari selepas hari persandingan, kami accident semasa dalam perjalanan balik ke Melaka (kenduri di kuantan) di Jalan Pekan - Muadzam. Ada satu kereta Almera ingin memotong but they hit us, my husband lost control, so kami berdua dengan kereta sekali tercampak masuk dalam gaung. Polis estimate kedalaman gaung dalam 20meter tetapi alhamdulillah kami suami isteri tiada cedera berat apa-apa. Alhamdulillah Allah lindungi kami. Okay, enough of that, life still goes on. hehehe Next, my achievement was, selepas sebulan kahwin dan kemalangan, I got promoted in October last year as Senior Design Engineer. Alhamdulillah once again, Allah murahkan rezeki saya.

Jadi, saya ada azam yang baru untuk tahun ini. Azam tahun ni adalah lebih kepada ingin menyahut cabaran my husband. Since he encourage me to be an independent woman, multitask, serba boleh.
Oleh itu, azam tahun baru 2015 saya adalah seperti berikut:

1. WORK HARD: Dengan jawatan dan tanggungjawab yang semakin berat yang telah diberikan, with a new task assigned, maka saya berazam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. No more procrastination, lebih details, lebih berpengetahuan dengan apa yang saya design dll.

2. MASTER STUDENT: Saya bersetuju untuk further study Master in Antenna Design in sha Allah, semoga Allah mempermudahkan urusan saya ini. Jadi, saya akan memulakan pengajian saya untuk setahun setengah ni (kalau terer sangat boleh grad setahun setengah, LOL!). Jadi part time student, sounds cool isn't it? hehehhehe

3. BUSINESS: Last but not least, I plan to setup my own business kecil-kecilan. Baru jer nak setup. The reason is sebab saya memang minat nak bisnes, so why not this year I setup sambil-sambil bekerja dan sambung belajar tu. My business concept is woman clothing, maxi dress, midi dress and cardi. I like this style, nampak casual, modern, dan sopan sesuai  untuk hijabista out there. The price is very affordable!So do support me, follow me on Instagram @closetbytwin.

Pic form google
Maxi dress form my IG @closetbytwin

Maxi dress form my IG @closetbytwin

Harap sangat everything goes well, Semoga Allah permudahkan semua urusan saya. Okayh, tu saja. Good bye!! :)










 

~ Sweetoholics ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review